Monday, March 16, 2009

lagu oggy



lucu

lembu terhangat dipasaran
























Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:


Kedah Kelantan (K-K)

Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)

Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)

Local Indian Dairy (LID)

DroughtmasterBrahman.


Selain dari itu, beberapa baka lembu pedaging yang terkenal ada dipelihara di luar negeri, di antaranya ialah:


Hereford

Angus

Charolais

Shorthorn

Simmental

Limousin


Baka-baka yang berpotensial untuk pengeluaran daging dari segi prestasi dan kemudahan mendapatkan bekalan di negara ini ialah :

Kacukan Komersial dari Australia

Kacukan Friesian Sahiwal

Droughtmaster

Kacukan Pedaging KKKedah Kelantan

BrahmanLocal Indian Dairy

Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.


Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)Berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg.

Purata berat anak semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.DroughtmasterHasil kacukan Brahman dengan Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.Kacukan Pedaging K-KBaka ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental.

Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.Kedah Kelantan (K-K)Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.BrahmanBerasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.).

Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.Local Indian Dairy (L.l.D.)Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

gambar lembu



















lembu kampung

Sunday, March 15, 2009

Perladangan

Kami juga mempunyai Ladang tanaman di Sungai Mas, Kuala Krai. Berkeluasan 16 ekar dan terletak kira - kira 18 kilometer dari Ladang Sg. Tasan

Disini kami lebih menumpukan kepada ternakan ayam, itik dan ikan . Tidak ketinggalan juga beberapa jenis tanaman sampingan seperti sayur sayuran, pisang,buah salak dan sebagainya

penternakan lembu

Terdapat dua kaedah ternakan yang dijalankan iaitu kaedah separa-intensif (lepas bebas di dalam kawasan berpagar dan diberi makanan tambahan untuk memenuhi keperluan makanan) dan juga cara Fidlot. Pada peringkat pertama lembu-lembu akan diternak secara fidlot dan dijangka akan di pelihara sehingga tiga bulan dan pasaran pertama di jangka pada berlaku dalam musim perayaan hari raya AidilAdha nanti iaitu dimulai dengan penjualan lembu untuk tujuan qurban atau aqiqah. Jenis-jenis lembu yang diternak pula adalah dari baka yang sesuai dengan keadaan suhu dan cuaca tempatan seperti dari jenis KK, Brahman. Manakala jenis kambing yang diternak pula ialah dari jenis Boer dan Jamnapari, iaitu kambing jenis pedaging